Sunday, August 30, 2020

Perbahasan Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Insolvensi 1967

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Insolvensi 1967 pada 25/8/2020


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan Akta Insolvensi 1967. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan. 

Rang undang-undang ini antara lain meningkatkan ambang minimum untuk mengemukakan petisyen kebankrapan daripada angka RM50,000 kepada RM100,000. Seperti kita sedia maklum, tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan empat kali pindaan telah dibuat. 

Persoalan yang saya ingin membangkitkan ialah bahawa Yang Berhormat Menteri tadi sudah sebut bahawa di bawah Companies Act 2016 bahawa Yang Berhormat Menteri telah melaksanakan kuasa dia untuk menaikkan statutory debts demand for the  notice daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan juga daripada within 21 days atau 21 hari kepada enam bulan. Saya meneliti bahawa tiada pindaan terhadap seksyen 3(1)(i). Tiada pindaan seksyen 3(1)(i) Akta Insolvensi yang antara lain dalam Akta Insolvensi ini menyatakan bahawa seksyen 3(1)(i) yang provided ialah “a party must within seven days after service of bankruptcy notice make a necessary payment or satisfy the court, he has a counterclaim definitely which the critical can that proceed to file a bankruptcy petition”. Tujuh hari. Tiada pindaan terhadap seksyen 3(1)(i). 

Ia sepatutnya dipinda kepada enam bulan untuk membolehkan penghutang menyelesaikan masalah dia. Ini kerana walaupun ada peningkatan dari segi statutori ambang minimum kepada RM100,000. Sepatutnya ditingkatkan seksyen 3(1)(i) daripada tujuh hari kepada enam bulan. Sejajar dengan company winding up law. Kenapa ini tidak dinaikkan? Apakah sebabnya dan saya rasa Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa ada consultation. Akan tetapi, nama-nama yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah consultation dengan financial institutions atau business sector sahaja. Bagaimana dengan orang-orang yang penghutang atau debtors yang tidak terlibat dalam consultation sedemikian. Apakah hak mereka? Oleh itu, saya rasa walaupun Akta Insolvensi ini menaikkan ambang minimum itu masih tidak mencukupi. Pada pandangan saya masih tidak mencukupi dari segi itu.


Perkara kedua yang saya ingin bangkit di sini ialah berkenaan dengan satu seksyen iaitu seksyen 60(1) iaitu satu seksyen tidak terpakai kerana di bawah pindaan 2017, seksyen 60(1), apabila ditingkatkan ambang minimum, tiada kuasa retrospektif untuk mereka yang telah menerima adjudication order.  Dengan ini maka apakah relief kepada seramai 300,000 orang rakyat Malaysia yang telah dideclare sebagai bankrupt sebelum ini. 

Di bawah pindaan Akta Insovensi ini tiada reform terhadap discharge of the bankrupt. Kita perlu – tadi Yang Berhormat Selayang telah sebut bahawa perlu ada pembaharuan pembebasan terhadap bankrap kerana, walaupun pindaan Akta 2017 ini telah pun dibuat tetapi tiada kesannya. Saya masih menerima aduan daripada penghutang ataupun si bankrap yang menghadapi masalah daripada segi pelepasan dan saya risau ini tidak ada reform, tiada klausa retrospektif terhadap mereka yang telah menghadapi masalah – a big number 300,000 orang dalam angka bankrap. 

Saya juga ingin menyebut satu perkara yang penting dalam – saya meneliti fasal 2(e) subseksyen 1(e) berkenaan dengan kuasa Menteri untuk meminda nilai ambang hutang. Sepanjang legislative history 1967 sehingga hari ini sudah 53 tahun undang-undang kebankrapan kita. Sebanyak empat kali datang ke Parlimen untuk ubah varies the amount meningkatkan ambang minimum – empat kali setelah dibuat. Akan tetapi, pindaan kali ini akan secara permanently akan memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri, kepada eksekutif untuk menukar ataupun meminda angka ambang minimum itu. 
Saya rasa undang-undang ini pindaan ini telah memberikan kuasa yang amat besar kepada eksekutif dan untuk bypass Parlimen tidak perlu datang ke Parlimen untuk pindaan terhadap ambang minimum dan saya rasa ini akan merunsingkan kerana kuasa-kuasa Parlimen terhakis. Eksekutif boleh meminda nilai ambang minimum tanpa datang ke Parlimen. Saya rasa bukan sahaja satu trend. 

Baru-baru ini beberapa rang undang-undang yang ditimbulkan kuasa eksekutif telah dibesarkan seperti tadi kita bahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, juga memberikan kuasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melanjutkan masa kuat kuasa akta ini dan kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh pinda beberapa kali dalam tadi seksyen– kuasa Perdana Menteri untuk melanjutkan kuatkuasakan Akta COVID-19 itu dan boleh dibuat daripada sekali. 

Saya rasa kuasa eksekutif itu semakin besar, apa telah terjadi? Kenapa kuasa Parlimen, saya rasa trend eksekutif ini untuk memberikan kuasa kepada eksekutif bypassing Parlimen sebenarnya memberikan satu blank cheque kepada eksekutif untuk meletakkan angka- angka ambang minimum. 

Saya rasa itu satu kerunsingan saya sebagai Ahli Parlimen kerana kita perlu apabila setiap ambang minimum ditingkatkan, kita perlu datang ke Parlimen untuk debate. Untuk kita approve kerana itu adalah peluang untuk Ahli-ahli Parlimen juga menanyakan soalan-soalan berkenaan dengan discharge, berkenaan dengan prosedur-prosedur discharge dan juga isu-isu yang berkaitan. Itulah persoalan yang saya ingin timbulkan pada hari  ini. Itulah perbahasan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

No comments: